Wednesday, April 21, 2010

PNB urus 110.04 bilion unit saham amanah


MUHYIDDIN melihat graf pelaburan sambil diberi penerangan oleh Hamad Kama Piah (kanan) ketika melawat tapak pameran MSAM 2010 di Kuching semalam.


KUCHING - Saham amanah yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) sehingga bulan Mac ini telah meningkat sebanyak 26 peratus kepada 110.04 bilion unit berbanding 87.36 bilion unit pada suku pertama 2009.

Pengerusinya, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, jumlah pemegang akaun pula meningkat 8.4 peratus kepada 10.08 juta daripada 9.3 juta pada Mac tahun lalu.

"Daripada jumlah ini, pemegang akaun Bumiputera berjumlah 8.87 juta, sementara bukan Bumiputera berjumlah 1.21 juta, mewakili lebih 12 peratus daripada jumlah keseluruhan," katanya pada majlis pelancaran Minggu Saham Amanah Malaysia 2010 (MSAM) oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: