Tuesday, March 23, 2010

Umie rasa nikmat bercinta lepas nikah

Nikmat cinta lepas nikah

"Bercinta selepas nikah memang semacam nikmatnya," kata Datin Paduka Umie Aida yang kini sudah bergelar isteri orang.

Umie mengucap syukur kerana segala persiapan untuk merealisasikan impiannya bernikah di dalam Masjidil Haram, Mekah menjadi kenyataan.

Umie dan pasangannya Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan bernikah betul-betul di hadapan Kaabah, iaitu di ruang umat Islam menjalankan rutin tawaf mengelilingi Kaabah pada 14 Mac lalu.

Umie akan mengadakan majlis resepsi perkahwinannya di Hotel One World, Petaling Jaya pada 28 Mac ini.

"Alhamdulillah Umie dah selamat jadi isteri orang, yang paling penting bercinta selepas nikah memang semacam nikmatnya.

"Umie nak pastikan anda semua datang ke majlis resepsi pada 28 Mac ini," kata Umie melalui SMS memperingatkan teman-teman agar hadir ke majlis meraikan pernikahannya nanti.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: