
KUALA LUMPUR - Kata dua yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) kelmarin nampaknya telah mengubah pendirian pengusaha sebuah kedai jahit di pekan Sungai Besi di sini yang mengambil tempahan menjahit pakaian seragam polis dan tentera tanpa lesen.
Jika kelmarin Abdul Rahim Abdul Moin, 35, mengatakan dia tidak takut untuk terus berniaga kerana mendakwa mempunyai lesen walaupun kedainya telah dikunjungi polis, semalam lain pula pendiriannya apabila dia terus menutup kedai selepas membaca amaran tegas Hishammuddin yang disiarkan oleh Kosmo!.
Abdul Rahim semasa dihubungi berkata, dia menutup kedainya bukan bagi mengelakkan premis itu daripada diserbu polis tetapi lebih kepada mematuhi arahan menteri.
"Lebih baik saya patuh arahan menteri kerana tidak mahu berdepan dengan tindakan. Saya sudah tutup kedai hari ini (semalam)," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: