|
|
Malah, dengan usianya yang semakin meningkat di samping atas nasihat doktor, Ziana amat bersyukur dengan empat cahaya mata yang dimilikinya sekarang.
"Saya harus akui pengalaman sewaktu melahirkan anak kembar saya benar-benar membuat saya takut untuk mengandung lagi kerana ia hampir meragut nyawa saya," kata Ziana pada majlis memperkenalkan cahaya mata kembarnya di sini hari ini.
Ziana atau nama sebenarnya, Siti Roziana Zain buat kali pertama memperkenalkan anak kembarnya, Muhammad Ariel dan Siti Nour Kaseh yang kini berusia lapan bulan kepada pihak media.
Sebelum ini, menerusi perkahwinan bersama suaminya, Armin Zaharin, 46, penyanyi yang cukup masyhur dengan lagu Madah Berhelah itu dikurniakan dengan dua orang anak lelaki iaitu Muhammad Aiman, 10, dan Muhammad Ammar, 7.
Kerana komplikasi yang dilalui semasa proses kehamilan itu juga, Ziana memutuskan untuk tidak mendedahkan anaknya untuk tatapan umum.
"Saya mengambil masa yang lama untuk menstabilkan diri sebelum benar-benar bersedia muncul di khalayak bersama anak kembar saya.
"Lagipun, dengan empat orang anak yang ada sekarang sudah memadai dan menggembirakan hati saya dan suami. Apa yang penting, impian saya untuk memiliki seorang anak perempuan sudah tercapai," jelas Ziana lagi.
Artis popular itu turut mendedahkan, keadaan anak kembarnya yang lahir tidak cukup bulan juga menjadi punca mengapa dia lambat memperkenalkan anak-anaknya itu kepada pihak media.
"Saya tidak berniat untuk menyorokkan anak-anak saya tetapi kerana ketika itu memang tidak sesuai.
"Oleh itu dengan penganjuran majlis ini, saya berharap semua pihak berpuas hati apabila dapat menatap wajah Ariel dan Nour Kaseh," ujarnya yang kini sibuk dengan pementasan teater muzikal Gamat 2 yang bermula esok.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: