Friday, March 26, 2010

Robot wanita jadi pesakit gigi


SEORANG doktor gigi menampal lubang gigi robot humanoid di Universiti Showa, Tokyo semalam.


TOKYO - Sepasukan penyelidik di Jepun dengan kerjasama sebuah syarikat pengeluar robot semalam mempamerkan robot humanoid wanita pertama dijadikan pesakit untuk pelajar-pelajar yang bakal menjadi doktor gigi.

Robot wanita bernama Hanako itu boleh meluahkan rasa sakit, melirik mata, menggerakkan rahang dan lidah selain mengeluarkan air liur seperti pesakit sebenar.

"Sakitlah," kata Hanako sambil menggerakkan kepalanya semasa seorang pelajar pergigian menggerudi gigi robot tersebut pada satu demonstrasi kepada media di sini.

"Tolong angkat tangan anda apabila berasa sakit kerana bahaya jika menggerakkan mulut anda," kata pelajar itu kepada humanoid tersebut yang berbaring di kerusi doktor gigi.

Robot itu dicipta oleh satu pasukan penyelidik Universiti Showa yang diketuai Profesor Atsuo Takanishi di Universiti Waseda termasuk syarikat pengeluar robot, tmsuk.

Harga robot itu masih dirahsiakan, kata beberapa pelabur projek berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: