Monday, March 15, 2010

Ribuan lelaki tawar jadi kekasih


SEBAHAGIAN ribuan lelaki hadir untuk menjadi kekasih Mengqian di Universiti Sains Elektronik dan Teknologi di Chengdu, China.


CHENGDU, China - Seorang gadis yang menjadi pelajar di sebuah universiti di China, Zhang Mengqian terkejut apabila ribuan lelaki menawarkan diri untuk menjadi kekasihnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Ribuan lelaki tersebut menunggu di perkarangan asrama pelajar wanita itu selepas dia menyatakan sedang mencari kekasih yang sesuai menerusi satu mesej pada kad sempena Hari Wanita.

Namun, respons yang diterimanya amat mengejutkan.

Ribuan lelaki bujang memenuhi kampus Universiti Sains Elektronik dan Teknologi di Chengdu, Sichuan pada

Khamis lalu selepas Mengqian mendedahkan hasratnya itu.

Kejadian itu berlaku di universiti yang mempunyai nisbah 25 orang lelaki bagi setiap wanita.

Pada mulanya, setiap pelajar wanita di universiti itu diminta menulis hasrat yang dikehendaki mereka.

Pelajar wanita itu kemudian menulis hasratnya iaitu : "Nama saya ialah Zhang Mengqian, pelajar gred satu. Saya fikir saya seorang yang menarik tetapi anehnya saya tidak mempunyai teman lelaki. Bagaimanapun, saya percaya kepada takdir.

"Jika anda mempunyai impian yang sama, sila datang ke bangunan asrama saya dan jeritlah nama saya antara pukul 12.30 hingga 12.50 tengah hari pada 11 Mac 2010.

"Saya akan melihat anda dari asrama. Jika anda sesuai dengan citarasa saya, saya akan turun dan berjumpa dengan anda."

Mungkin kerana terkejut melihat ribuan lelaki yang hadir, pelajar wanita itu langsung tidak keluar dari biliknya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: