Thursday, March 18, 2010

Redah api selamatkan warga emas


KETUA Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi, Mesran Tukiman (tengah) melihat kesan kebakaran sebuah rumah di Kota Tinggi kelmarin.


KOTA TINGGI - Tindakan nekad Ketua UMNO Cawangan Kampung Johor Lama, Md. Nor Atan, 40, menggadai nyawa dengan meredah api yang marak berbaloi apabila dia dapat menyelamatkan seorang warga emas daripada rentung di Kampung Johor Lama di sini kelmarin.

Kejadian pukul 10 malam itu disedari Md. Nor ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya menaiki sebuah kereta selepas menghadiri satu majlis makan malam bersama ketua kampung.

Rumah tersebut dihuni oleh pasangan suami isteri, Abdullah Idris, 70, dan Aminah Johari, 70.

Ketika kejadian Aminah tiada di rumah kerana keluar membeli barang di kedai berdekatan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: