Saturday, March 6, 2010

Protes lawatan Barack Obama ke Indonesia


SEORANG pelajar Indonesia membaling kasut ke arah gambar Obama di luar bangunan Dewan Perwakilan Rakyat di Jakarta semalam.


JAKARTA – Sejumlah pelajar Islam melakukan protes di luar Dewan Perwakilan Rakyat semalam dan di tiga buah bandar raya utama di Indonesia bagi menentang lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama.

Pelajar-pelajar itu membawa sepanduk yang memberi gambaran bahawa Obama ialah musuh Islam.

Tunjuk perasaan itu turut diadakan di Padang, Yogyakarta dan Surabaya.

Penunjuk-penunjuk perasaan tersebut membaling kasut ke arah gambar Obama.

Penganjur protes, Ahmad Irhamul Fikri berkata, perhimpunan yang lebih besar akan diadakan pada minggu depan di kebanyakan bandar di Indonesia.

Obama akan melawat negara itu pada 20 hingga 22 Mac ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: