Friday, March 26, 2010

Polis dapat hadiah ulang tahun


NAJIB merasmikan Pelan Integriti PDRM sempena sambutan Hari Polis di Pulapol, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian elaun bulanan sebanyak RM200 kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjalankan tugas-tugas am di seluruh negara berkuat kuasa serta-merta.

Imbuhan sempena ulang tahun Peringatan Hari Polis Ke-203 yang disambut semalam itu melibatkan tambahan peruntukan sebanyak RM84 juta setahun membabitkan seramai 33,000 anggota pelbagai pangkat.

Anggota tugas-tugas am yang dimaksudkan adalah mereka yang menjalankan pelbagai jenis tugas di ibu pejabat polis daerah, balai dan pondok polis.

Antara tugas yang dilakukan mengikut syif pula seperti di kaunter pertanyaan, menjaga lokap, operasi sekatan jalan raya, rondaan selain mengawasi acara atau majlis.

Di samping itu, Najib turut mengumumkan berita baik bagi anggota polis berpangkat Konstabel hingga Koperal yang akan menikmati kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: