
ANGGOTA polis mengusung mayat Ramli yang dibunuh di bilik penginapannya di sebuah hotel di Port Dickson semalam. Gambar kecil, hotel tempat kejadian yang terletak di atas air.
PORT DICKSON - Seorang ahli perniagaan ditemui mati dalam keadaan tersandar di kepala katil manakala teman wanitanya cedera parah selepas ditetak dengan kejam di sebuah bilik hotel di sini awal pagi semalam.
Dalam serangan kira-kira pukul 4.30 pagi itu, mangsa, Ramli Osman, 40, seorang duda yang berasal dari Shah Alam, Selangor maut akibat cedera parah di perut.
Sementara teman wanita mangsa berusia 26 tahun yang cedera di tangan dan kaki kini menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban.
Ramli dipercayai mati akibat kehilangan darah yang banyak. Polis bagaimanapun enggan mendedahkan identiti penuh wanita berkenaan yang berasal dari Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: