Thursday, March 11, 2010

Penjarah Pulangkan Barangan Curi

Presiden Michelle Bachelet melawat gudang menempatkan barangan curi yang dipulangkan oleh golongan perampas di Chile.

CONCEPCION: Penjarah-penjarah di Chile telah memulangkan semula semua barangan curi yang bernilai AS$2 juta (RM6.7 juta), kata kerajaan.

Atas desakan pihak polis dan pasukan tentera, golongan tersebut telah memulangkan ratusan set televisyen, mesin basuh dan peralatan elektronik lain serta perabot rumah yang dicuri di kedai dan gudang.

Negara itu yang masih berkabung akibat gempa bumi dan serangan tsunami bulan lepas yang mengorbankan ratusan nyawa penduduk negara itu.

Perampas tersebut telah memecah masuk ke dalam bangunan selepas negara itu dilanda gempa bumi berukuran 8.8 magnitud pada skala Richter pada 27 Februari lalu.

Sebahagian besar barangan yang dipulangkan oleh pencuri.

Rusuhan tersebut telah membawa kepada perintah berkurung dan kerajaan telah memerintahkan 14,000 askar mengawasi kawasan - satu yang belum pernah berlaku sejak 17 tahun pemerintahan diktator Augusto Pinochet yang tamat pada 1990.

Presiden Michelle Bachelet yang melawat depot tempat pemulangan semua barangan curi itu pada Ahad berkata, beliau berjanji akan menjaga keamanan negara itu.

"Rampasan ini tidak ada kena mengena dengan desakan untuk meneruskan hidup," katanya.

Sementara itu, bendera negara tersebut dikibarkan separuh tiang di seluruh negara itu sebagai tanda berkabung, dengan bakal Presiden Sebastian Pinera dijangka menjadi mengangkat sumpah dalam masa seminggu.

Upacara keagamaan juga turut diadakan, mengumpulkan semua rakyat Chile bagi memperingati kematian ahli keluarga mereka. Pihak berkuasa menganggarkan sebanyak 452 kematian setelah pihak berkuasa memberitahu 802 orang yang dilaporkan hilang didapati masih hidup.

Pasukan tentera merentasi sofa yang ditinggalkan di Concepcion.

Negara yang mempunyai kepadatan 16.8 juta penduduk, bersama-sama berganding bahu memulihkan negara itu disamping mendapat bantuan awam dan antarabangsa serta golongan perampas memulangkan semula barangan curi kepada pihak yang berkuasa.

Usaha-usaha pembinaan semula tempat yang musnah teruk akibat gempa bumu juga sedang giat dijalankan.

Walaupun pelbagai bantuan telah diterima diseluruh dunia, tetapi dengan keadaan jambatan, lebuh raya dan kawasan kampung yang musnah teruk, negara tersebut masih bergelut untuk menyampaikan bantuan terutama kepada dua juta rakyat yang terselamat tetapi ketiadaan tempat berlindung.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: