
KOTA BHARU - Pelantikan Pengerusi Majlis Perajaan Negeri, Tengku Sri Utama Raja Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd. Hamzah sebagai Pemangku Raja Kelantan yang baru bagi menggantikan Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra tidak sah mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Aiseri Alias berkata, surat pengisytiharan yang didakwa titah Sultan Kelantan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Majlis Perajaan Negeri, Tengku Abdul Aziz dan Setiausaha Sulit kepada Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud tidak mewakili keputusan Majlis Perajaan Negeri.
"Perkara 11 (1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan memperuntukkan mana-mana keputusan Majlis Perajaan Negeri tidak akan menjadi sah dan terpakai melainkan sekurang-kurangnya 2/3 daripada ahli-ahli yang hadir dan mengundi bersetuju dengan keputusan itu.
"Tengku Abdul Aziz telah bertindak secara persendirian tanpa memanggil Majlis Perajaan Negeri bersidang dan ini jelas bahawa tindakan di atas adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang tersebut dan ia tidak terpakai," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: