Sunday, March 28, 2010

Pasha bersalah


Pasha


SIGIT PURNOMO atau Pasha, anggota kumpulan Ungu akhirnya didapati bersalah kerana melakukan penganiayaan terhadap bekas isterinya, Okie Agustina Sofyan. Pasha dijatuhi hukuman penjara 10 bulan dengan masa percubaan selama 12 bulan.

Dengan hukuman percubaan ini bermakna Pasha tidak perlu menjalani hukuman penjara kecuali jika dalam tempoh tersebut dia sekali lagi membuat aniaya terhadap wanita itu.

Hukuman terhadap Pasha ini dijatuhkan oleh Majlis Hakim Mahkamah Negeri Bogor, Jawa Barat. Semasa hukuman dibacakan, Pasha diminta supaya mengawal emosinya dan memperbaiki hubungan dengan bekas isteri terutama dalam hal pengasuhan anak-anak.

Bagi Pasha, hukuman yang harus dijalaninya bukanlah satu hukuman yang ringan kerana dia sentiasa harus berhati-hati dalam setiap tindakannya. Namun hukuman yang dijatuhkan terhadap Pasha adalah lebih ringan daripada hukuman yang dituntut oleh pihak pendakwa iaitu penjara satu tahun setengah.

Okie Agustina melahirkan rasa kurang puas hatinya dengan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap Pasha kerana jauh menyimpang dari tuntutan pendakwaan sebelumnya. Namun menurut Okie bukanlah niatnya untuk memenjarakan Pasha, cuma ingin memberi pengajaran bahawa perbuatannya selama ini adalah salah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: