Sunday, March 28, 2010

Mesyuarat Perkasa luluskan lima usul


PRESIDEN Perkasa, Datuk Ibrahim Ali (dua dari kanan) bersama Dr. Mahathir melaungkan Hidup Melayu pada Mesyuarat Agung Tahunan Perkasa di PWTC, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Lima usul berkaitan perpaduan Melayu dan kedudukan Islam di negara ini diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang pertama di sini semalam.

Kesemua usul berkenaan telah diluluskan secara sebulat suara pada akhir mesyuarat yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan dihadiri kira-kira 10,000 ahli Perkasa dari seluruh negara.

Bagi usul politik, mesyuarat mencapai persefahaman agar dua parti politik Melayu terbesar di negara ini iaitu UMNO dan Pas duduk semeja dan mencari titik perpaduan.

Usul agama pula mendesak kerajaan memperkemas Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan untuk memastikan kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh orang Islam sahaja.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: