MAKAM mendiang, Raja Pop Michael Jackson kini tidak terjaga lagi. Kawasan penguburan yang selama ini diamankan secara eksklusif tersebut sudah tidak mendapat keistimewaan lagi, lapor RadarOnline yang dipetik daripada Splash News.
Sebulan lalu, keluarga Jackson menempatkan pengawal pribadi mereka untuk memperhatikan tanah perkuburan tersebut yang terdapat di Forest Lawn. Mereka mengatur giliran menjaga perkuburan Michael selama 12 jam sehari.
Namun sayangnya, Forest Lawn Memorial Park memutuskan untuk menghentikan langkah keluarga Jackson tersebut. Makam itu kini tidak terjaga lagi secara eksklusif. Tubuh Michael kini terbaring di bahagian Holly Terrace di Great Mausoleum.
Tempat itu hanya boleh dikunjungi seramai 12 hingga 15 orang sahaja. Sementara orang lain yang ingin berdoa dan memberikan penghormatan kepada lagenda ini tidak boleh melepasi kawasan penguburan di pejabat utama Glendale.
Michael Jackson meninggal secara mendadak pada pertengahan 2009 lalu. Dia dilaporkan mengalami kegagalan jantung berfungsi dan keracunan ubat-ubatan. Kematian penyanyi ini telah diberitakan sebagai kes pembunuhan, dan doktor peribadinya, Conrad Murray, diputuskan bersalah dan bakal menjalani hukumannya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: