KUALA LUMPUR - Bagi mengukuhkan operasi, akhbar kompak Kosmo! melakukan pertukaran dan kenaikan pangkat kakitangan eksekutif di beberapa negeri berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Di Terengganu, Wartawan Eksekutif Sukan, Mustapa Lakawa dilantik sebagai Penolong Ketua Biro yang baru bagi mengisi kekosongan berikutan kenaikan pangkat Haradian Shah Hamdan yang dilantik sebagai Penolong Pengarang Berita di ibu pejabat di Kuala Lumpur.
Di Johor, wartawan Kosmo! di negeri itu, Nasri Jamaludin dinaikkan pangkat sebagai Penolong Ketua Biro yang baru mengisi kekosongan jawatan berikutan kenaikan pangkat Azimi Mustapha sebagai Penolong Pengarang Berita di ibu pejabat.
Megat Ramli Megat Raof yang sebelum ini merupakan Wartawan Eksekutif di Shah Alam dinaikkan pangkat sebagai Penolong Ketua Biro yang baru manakala wartawan Kosmo! di Kuantan, Hafiz Abbas dilantik sebagai Penolong Ketua Biro Pahang.
Di Melaka pula, Wartawan Eksekutif Rosli Hassan kini menjawat jawatan sebagai Penolong Ketua Biro Melaka selepas biro tersebut dinaik taraf. Turut menerima kenaikan yang sama ialah Wartawan Eksekutif, Rais Yeop Johari yang dilantik sebagai Penolong Ketua Biro Negeri Sembilan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: