Sunday, March 28, 2010

Jimmy Shanley




Buat Jimmy Shanley tahniah diucapkan. Kenapa? Mesti ada yang terkejut kan? Memang ada yang terkejut sebab tak ramai orang tahu rupa-rupanya pengacara AF8, Jimmy Shanley sudah nak kahwin.

Sebelum ni tak pernah dengar pun Jimmy ada kekasih. Tak pernah dengar pun cerita dia nak naik pelamin.

Tut-tup dalam diam Jimmy sebenarnya sedang menjalinkan hubungan cinta dengan anak jutawan terkenal yang juga taukeh kosmetik.

Niezam tak nak cakaplah siapakah gadis yang dimaksudkan itu tetapi menurut sumber yang sahih mengatakan Jimmy sekarang memang sudah bersedia nak jadi suami orang.

Menurut sumber yang mendakwa ahli keluarga sebelah perempuan, kedua-dua pasangan tersebut sedang mencari tarikh yang sesuai untuk mengadakan majlis pertunangan.

Kalau tak ada aral melintang mereka dijangka bertunang dalam empat atau lima bulan lagi.

"Saya berani mengesahkan yang Jimmy dan gadis itu memang tengah serius bercinta. Dah nak kahwin dah pun. Tapi saya minta abang Niezam tak siarkan nama saya sebab dia orang memang nak sorok dulu. Yalah... kan masih awal lagi," kata seorang pembaca yang menghantar mesej melalui kelab pembaca kring kring di Facebook.

Niezam sempat juga korek-korek rahsia daripada pembaca itu bila Jimmy berkenalan dengan wanita yang juga anak seorang Datuk tersebut?

Katanya, cinta mereka mula berputik semasa pelancaran sebuah filem yang turut dihadiri oleh Jimmy dan si dia beberapa bulan lalu.

Dari situlah kedua-duanya berkenalan dan menjalinkan hubungan cinta.

Menurut sumber itu lagi kekasih Jimmy bekerja sebagai usahawan. Dia menolong ibunya menjalankan perniagaan kosmetik.

"Kalau tak ada aral melintang dan semuanya berjalan lancar, majlis pernikahan akan diadakan pada hujung tahun. Jangan bimbang, pihak media semuanya akan dijemput nanti," katanya.

Niezam turut diberitahu majlis pertunangan nanti dirancang akan diadakan secara besar-besaran di rumah baru keluarga perempuan.

Wah... Hebat ya. Tahniah buat Jimmy. Tentu Jimmy tertanya-tanya siapakah yang bercerita perkara inikan? Biasalah... perkara baik apa salahnya kita kongsi bersama. Tak ada hallah!

Tahniah buat Jimmy kerana dapat bakal isteri kecil molek.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: