Wednesday, March 10, 2010

Inilah anak kembar Ziana Zain

Inilah wajah anak kembar Ziana Zain yang ditunggu-unggu oleh peminat. Lama Ziana menanti masa sesuai untuk memperkenalkan sepasang bayi kembarnya kepada peminat.

Bukan sengaja mahu menyorok anak, tapi anaknya lahir tdak cukup bulan dan tidak sesuai untuk ditampilkan. Anak-anaknya Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh lahir pada 24 Julai lalu.

"Bukan saya hendak sorok bayi kepada peminat dan media. Sebenarnya selain tidak mempunyai pembantu, semasa itu bayi saya dilahirkan tidak cukup bulan iaitu lapan bulan.

"Ariel dan Kaseh ditempatkan dalam incubator sebaik mereka dilahirkan. Ariel yang hanya seberat 2.1 kilogram berada dalam incubator selama seminggu sementara Kaseh pula selama dua minggu," kata Ziana, 42.

Dia juga menyimpan bayi-bayi tersebut atas nasihat doktor yang juga mahukan dia berehat selain memastikan bayi tidak terdedah dengan udara luar kerana bimbang memberi kesan kepada kesihatan.

Sebelum kehadiran pasangan kembar itu, isteri kepada Amrin Zaharin itu memiliki Muhammad Aiman, 10, dan Muhammad Ammar, 7.



Hampir mati


Ziana juga berkongsi cerita duka semasa melahirkan anak kembarnya lapan bulan lalu yang hampir meragut nyawanya sendiri.

"Saya hampir mati melahirkan anak-anak saya. Seminggu sebelum melahirkan mereka, tekanan darah saya naik sehingga melebihi tahap 200 bacaan atas.

"Saya dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi sehingga melahirkan anak. Mereka lahir tak cukup bulan.
"Selepas bersalin saya dan anak-anak saya tidak sihat. Doktor tidak membenarkan anak saya terdedah demi kesihatan mereka. Sebab itulah saya tidak dapat memenuhi permintaan media yang mahu merakam gambar mereka.

"Sekarang pun payah menjaga mereka... lihatlah sekarang pun menangis," kata Ziana merujuk kepada anak-anaknya yang menangis semasa dibawa untuk merakam gambar.

Ziana menitiskan air mata menceritakan detik cemas melahirkan anak kembarnya dalam majlis anjuran Slim World di Kuala Lumpur hari ini.

"Cukuplah... inilah pengalaman terakhir melahirkan anak. Saya dah rasa bagaimana seksanya nak mati," kata Ziana.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: