Thursday, March 18, 2010

Guru wanita (hot mama) ditangkap basah… suami sampai pitam terus!!

image image

KAJANG: Luluh dan hancur hati seorang suami apabila mendapati isterinya berkhalwat dengan seorang lelaki di Pangsapuri Kenanga View, awal pagi semalam.

Isteri berkenaan yang juga seorang guru sekolah rendah berusia 40 tahun dan pasangannya berusia 45 tahun yang bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kira-kira jam 3.30 pagi.
Anggota penguat kuasa Jais terpaksa memecahkan pintu selepas pasangan itu enggan memberikan kerjasama dan sanggup berkurung hampir setengah jam walaupun pintu diketuk beberapa kali. Pasangan berkenaan yang berpakaian lengkap, ditahan anggota penguat kuasa Jais ketika berada dalam sebuah bilik di kediaman itu.

Turut bersama dalam operasi itu, dua anggota dari Balai Polis Kajang dan beberapa penghuni di pangsapuri berkenaan selepas dikatakan tidak mahu bersekongkol dengan perbuatan mungkar pasangan itu.

Suami wanita itu yang berusia lingkungan 60-an dan enggan dikenali berkata, dia yang turut bersama dalam operasi terbabit hanya mampu menahan kemarahan dan hampir pitam sejurus melihat isterinya berada bersama lelaki lain.
“Selama ini, saya hanya mengesyaki isteri mempunyai hubungan dengan lelaki lain dan selepas melihat sendiri kecurangannya di depan mata, hati saya begitu geram.

“Namun, biar undang-undang yang menentukan dan saya serahkan segala kes ini kepada pihak berkuasa (Jais) untuk siasatan,” katanya yang sudah tidak dapat menerima lagi isterinya itu. Menurut suami malang terbabit, dia mendirikan rumah tangga sejak 19 tahun lalu dan mempunyai dua anak hasil perkongsian hidup dan tidak menyangka isterinya itu sanggup melakukan perbuatan terkutuk dengan tinggal bersama lelaki bukan mahram. “Saya mula mengesyaki isteri mempunyai hubungan sulit sejak beberapa bulan lalu selepas melihat sikapnya yang kerap menjauhkan diri setiap kali telefon bimbitnya berbunyi.

“Dia seolah-olah menyembunyikan sesuatu yang buruk daripada saya kerana sepanjang kami berkahwin, kami tidak pernah berahsia. Kelakuan peliknya ini menyebabkan saya berasa curiga,” katanya. Menurutnya, sejak itu, isterinya yang juga mengajar di sebuah pusat tuisyen di Kajang itu kerap pulang lewat ke rumah walaupun kebiasaannya pusat mengajar berkenaan sudah tutup pada jam 10 malam.
“Isteri saya tiba ke rumah jam 12 tengah malam dan perangainya bertambah teruk, termasuk pernah tidak pulang langsung,” katanya. Lelaki itu mendakwa, isterinya juga pernah menutup telefon bimbitnya dari pagi dan dia hanya dapat menghubungi wanita berkenaan semula pada sebelah malam.

“Sebenarnya, saya sangat risaukan keselamatannya ketika itu kerana telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi. Namun, dengan rasa tidak bersalah, isteri saya pulang ke rumah tanpa memberikan alasan munasabah. Difahamkan, cinta antara wanita itu dan lelaki terbabit mula berputik selepas mereka bertemu ketika menghadiri kursus pada September tahun lalu dan ia semakin menjadi-jadi apabila lelaki berkenaan mengambil kesempatan menyenaraikan nama wanita berkenaan setiap kali kursus dianjurkan.

10 comments:

  1. neraka la tempat mu wahai betina.

    ReplyDelete
  2. inilah jadi jika diikutkan nafsu bodoh yg dihasut setan...

    ReplyDelete
  3. good very good....pandai buat pandai tanggungla...

    ReplyDelete
  4. kesian btl suami dia,,,

    ReplyDelete
  5. lelaki tu terima akibat yang amat perit lepas ini,
    selagi suami dia tidak mengampun kan kesalahan nya itu. mandi wajib pun tak sah,apatah lagi nak solat,rezeki tuhan akan jauh kan makin miskin laa hidup dia nanti. ni berdasarkan pengalaman aku melihat kerenah manusia selama aku hidup,
    pernah terjadi pada sahabat baik aku,

    ReplyDelete
  6. 40 tahun pun miang juga..
    ish...66 tahun nanti dia beranjang dengan anjing pula..baguih no..

    ReplyDelete
  7. ini namanya cikgu panaz!!!

    ReplyDelete
  8. nma jew ckgu tp akhlak x dew..nak jd ckgu tp..dqi sndqi pon x qty nak bimbing..pew la..neraka la tempt ko..

    ReplyDelete
  9. the answer is: HELL la tmpat isteri mcm tu...full stop (HELL tu neraka la)

    ReplyDelete
  10. rejam jer sampai mati.

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: