Thursday, March 18, 2010

Geng disyaki rompak klinik didakwa


Kuala Lumpur 17 Mac 2010 - Kes rompakan Klinik, Mohd Azri (kiri), Hafizdin (tengah) dan Zulkifli (kanan) dibawa ke mahkamah Ampang semalam.


AMPANG - Tiga lelaki yang disyaki Penjahat Empat Jahanam didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang di sini semalam atas tuduhan menyamun sebuah klinik di Ampang hujung tahun lalu.

Ketiga-tiga tertuduh, Zulkefly Jamuin, 28, Mohd. Hafizzudin Abdullah, 20, dan Mohd. Azri Saidin, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Zulkefly dan Mohd. Azri merupakan penganggur manakala Mohd. Hafizzudin pula bertugas sebagai pekerja pemasaran.

Seorang lagi rakan mereka dibebaskan dengan jaminan polis selepas pihak berkuasa itu mendapati dia tidak terlibat dalam kejadian tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: