![]() |
| FERDHOUS (kiri) bersama ibu bapa dan adik-adiknya menunjukkan sijil lahir yang diterima di Kuala Lumpur semalam. |
KUALA LUMPUR - Gara-gara dinikahkan oleh jurunikah yang ditamatkan tauliah oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), selama 11 tahun Hashim Alang, 61, dan isteri, Kartini Umar, 38, menelan pahit memikirkan empat orang anak mereka yang tidak memiliki sijil kelahiran.
Sudahlah pernikahan itu tidak dapat disahkan oleh JAIP, kelahiran cahaya mata pasangan itu juga menghadapi kesukaran untuk didaftar kerana status perkahwinan yang diragui.
Namun, perit jerih mereka tiba ke penghujungnya apabila anak-anak mereka, Muhammad Noor Ferdhous, 10, Yuliana Noor Afriani, 8, Muhammad Noor Hafis, 6, dan Muhammad Noor Ridhuan, 5, mendapat sijil kelahiran masing-masing.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: