LONDON: Cheryl Cole dilapor bersiap sedia untuk berlepas ke Perancis untuk berunding dengan suaminya, Ashley Cole.
WAKTU BAHAGIA...Cole dan Cheryl.
Akhbar Daily Mail berkata, hakim siri X Factor itu akhirnya berlembut selepas beberapa panggilan telefon dan mesej pesanan ringkas daripada Cole yang merayu supaya diberi satu lagi peluang.
Cheryl kini dipercayai bersedia berlepas ke selatan Perancis, tempat Cole menjalani rawatan kecederaan buku lalinya.
Dan Cheryl juga dilapor bersetuju untuk menghadiri sesi kaunseling bersama suaminya yang curang itu.
Perkembangan terbaru itu dilapor hasil usaha ‘Team Cole,’ termasuk daripada ibunya Sue, beberapa rakan Cole dalam pasukan Chelsea serta pemilik kelab, Roman Abramovich dan cubaan mereka untuk menggambarkan Cole sebagai mangsa, bukan curang.
Sumber mendakwa, Cheryl, 26, sudah mula percaya dia juga bersalah terhadap kecurangan suaminya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: