Sunday, March 7, 2010

Bengkel Cantik Sihat Pancaindera!


Ifa Raziah


BENGKEL Cantik Sihat Pancaindera masih membuka peluang untuk peserta-peserta yang mahu berkongsi pelbagai tips kecantikan dan kesihatan yang akan disampaikan oleh fasilitator terkenal dan berpengalaman yang akan kami tampilkan.

Mereka yang berminat boleh menghubungi talian 012-2707191 untuk menyertai seminar yang cukup berinformasi ini dan tempat adalah terhad.

Bengkel dianjurkan bersama Jamu Mak Dara Sdn. Bhd ini bakal berlangsung di Hotel MS Garden, Kuantan pada 13 Mac ini.

Apa yang menarik kami sediakan untuk peserta? Hmm, macam-macam ada dan sangat berbaloi-baloi.

Sudah pastinya tips-tips yang tidak mungkin anda temui melalui buku bacaan atau di tempat lain.

Pengasas Jamu Mak Dara, ibu Halimah Shuib akan memperturunkan petua penjagaan diri dalaman dan luaran wanita, selain bersenam bersama-sama dengan peserta.

“Senaman yang dipraktikkan bukan sahaja membantu menyihatkan badan, tetapi juga memperhebatkan hubungan suami isteri,” kata Ibu Halimah.

Selain itu, penyanyi Ifa Raziah juga sanggup berkongsi amalan kecantikan dan kesihatannya. Duta produk Coway itu bakal menjawab segala persoalan mengenai kecantikan dalam bengkel berkenaan yang akan diadakan selama lima jam bermula pukul 10 pagi.

Selain kedua-dua personaliti ini, turut mengambil bahagian ialah jurusolek artis profesional, Zambri Sulaiman yang juga pengasas Zamri Beauty Inspiration.

Zambri akan memperkenalkan tip-tips solekan menggunakan produk berharga mampu tetapi berkesan setanding dengan produk jenama dunia.

Sementara itu, turut diajar tips pemakaian tudung moden berjenama Purnama oleh pemilik produk tudung dan busana muslimah, Haslinda Idris.

Sempena bengkel berkenaan juga, turut diadakan cabutan untuk Peraduan Kumpul & Menang Mak Dara (rujuk iklan di bawah).

Nantikan juga rancangan langsung di Radio Pahang FM pada pukul 4.45 petang, 12 Mac ini, bersama-sama Ibu Halimah dimana pemanggil terpantas akan menerima pelbagai hadiah menarik dalam segmen berkenaan.

Selepas Kuantan, bengkel Cantik Sihat Pancaindera akan diadakan di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 21 Mac dan di Johor Bharu pada 28 Mac dengan bayaran hanya RM25 untuk setiap penyertaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: