Wednesday, March 10, 2010

Babyface sarat dengan cinta


BABYFACE membawakan lagu-lagu popularnya sempena Kenny Babyface Edmonds Live In KL.


BUKAN saja vokalnya yang memukau atau kerana karyanya yang mudah menangkap telinga, bahkan lelaki ini secara peribadi mempunyai aura tersendiri.Dilahirkan sebagai lelaki berkulit hitam, seniman Babyface juga disifatkan mudah 'mencairkan' hati wanita.

Dia barangkali juga, seorang penglipurlara. Cerita-cerita yang dikongsi oleh Babyface sungguh menarik perhatian. Kunjungannya ke Kuala Lumpur baru-baru ini sekali gus menterjemahkan karakternya yang sangat disenangi ramai itu.Ralit bercerita, pelbagai helaian sejarah Babyface didedahkannya kepada audiens di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).Dan pelengkap pada persepsi peminat-pemint Babyface tempoh hari itu ialah kenyataannya bahawa dia adalah seorang lelaki yang sarat dengan kasih dan sayang."Saya fikir, saya dilahirkan dengan penuh rasa cinta," itulah suara hati yang luhur dari Babyface, penyanyi serta komposer yang sangai disegani ramai.Pernah memenangi 10 kali Anugerah Grammy menerusi 11 buah album solonya, nama Kenny Babyface Edmonds atau Babyface ini tidak pernah pudar dalam lembaran muzik antarabangsa.Dilahirkan di Indianapolis, Amerika Syarikat, apa yang pasti, penyanyi berusia 52 tahun itu masih gah biar 30 tahun dirinya melayari liku-liku sebagai seorang penghibur.Daripada seorang penyanyi, Babyface mengembangkan namanya sehingga bukan sahaja sekadar berada di pentas menghiburkan peminat tetapi bertindak dalam kerja-kerja di belakang tabir selaku penerbit, penulis lirik dan komposer.Malah, dia pernah menjadi penggerak kepada kejayaan beberapa penyanyi terkenal dunia antaranya Toni Braxton, Michael Jackson, Paula Abdul, Whitney Houston, Mary J. Blige, TLC, Celine Dion dan Brandy.Lagu ciptaannya, End of the Road nyanyian kumpulan Boyz II Men adalah antara single yang paling berjaya dalam sejarah muzik antarabangsa.Yang pasti, babyface masih bertenaga dan mantap vokalnya ketika menjayakan persembahan Kenny Babyface Edmonds Live In KL, malam Jumaat lalu.Pada konsert anjuran Pineapple Concerts (M) Sdn. Bhd. itu menampilkan Babyface melontarkan 25 buah lagu hitsnya termasuk beberapa buah lagu dalam bentuk medley.

Ini merupakan kali pertama Babyface bertandang ke Malaysia dan sememangnya ia tidak mengecewakan.Meskipun penonton terpaksa menunggu lama sebelum konsert dimulakan sekitar pukul 9.30 malam, namun alunan suara penyanyi itu berjaya menepis perasaan kurang senang itu.Bermula dengan It's No Crime, Cool In You, Everytime I Close My Eyes, Never Keeping Secrets, Fire & Rain, Wonderful Tonight sehingga Love Me In Special Way, nyanyiannya menjadi igauan sang penonton yang memenuhi segenap ruang dewan.Menghangatkan lagi suasana dewan, Babyface tidak lupa melontarkan lagu-lagu yang cukup dekat di hati penonton secara medley seperti Two Occasions, Don't Be Cruel, Every Little Step, Rock Wit Ya, Tenderoni, Can We Talk, Ready Or Not, My My My, I'll Make Love To You dan End Of The Road."Adalah satu penghormatan untuk saya apabila diundang mengadakan konsert di sini (Kuala Lumpur). Saya sangat berbesar hati."Mengimbau kembali lagu-lagu saya, kebanyakannya telah menjadi inspirasi kepada semua."Melayari hidup sebagai penyanyi, saya cukup teruja apabila dapat bekerjasama dengan nama-nama besar dalam industri muzik. Bersama Eric Clapton yang mencipta lagu Wonderful Tonight, ia ibarat mimpi menjadi nyata,'' kata Babyface tatkala mencelah menceritakan mengenai rasa terujanya dapat beraksi di Kuala Lumpur.Kenny Babyface Edmonds Live In KL dimulakan dengan persembahan penyanyi tempatan iaitu Najwa yang mendendangkan lagu-lagu popularnya.Najwa turut memperdengarkan karyanya yang lain seperti Jealousy dan Got To Go yang akan menjadi single pertamanya nanti.

Mengenang Jacko

Seperti yang dijelaskan pada awal artikel ini, Babyface barangkali juga dilahirkan sebagai seorang pencerita yang baik.Dia bukan saja berkongsi rasa cinta yang indah menerusi bait-bait lirik dan melodi, bahkan di pentas juga, dia boleh membawa penonton kepada nostalgia kisah silamnya.Selama separuh abad kehidupannya, segmen hidup Babyface yang barangkali juga begitu bermakna sekali buatnya ketika mengenai superstar masyhur dunia, Michael Jackson atau MJ.Justeru, pada malam konsert berkenaan, momentum kehangatan persembahan itu menjadi sungguh syahdu apabila Babyface bercerita detik pertemuannya Raja Pop dunia itu.Sebak terkenangkan ikon dunia itu, kata Babyface, MJ adalah penghibur yang hebat dan semangatnya cukup mengagumkan ramai pihak.Secara jujur, Babyface mengakui bahawa sejak kecil lagi dia menyimpan impian untuk menjadi seperti MJ."Saya mula berjumpa dengan MJ ketika zaman sekolah. Masa itu, MJ akan mengadakan konsert di Indianapolis."Hendak tahu bagaimana saya dapat berjumpa dengannya? Semuanya dengan cara helah. Saya terpaksa menipu penganjur semata-mata untuk berjumpa dengan MJ."Ketika itu MJ masih bersama kumpulan The Jackson 5. Apabila dapat bertemu dengan MJ, ia sangat mengujakan. Mereka sangat baik,'' jelasnya tanpa berselindung dengan disambut oleh tepukan gemuruh audiens.Ujarnya, beberapa tahun kemudian, selepas menjadi artis, saya bertemu dengannya sekali lagi dan bercakap soal kehidupan."Sebetulnya, kita semua cukup bertuah kerana ada MJ. Muziknya dikongsi di seluruh dunia. MJ adalah selama-lamanya,'' katanya yang sesekali mengajuk gaya MJ di pentas.Selepas akhir berbicara mengenai MJ, Babyface terus menyanyikan lagu berjudul Gone Too Soon yang ditujukan khas untuk penyanyi kesayangan ramai itu.Penuh emosi, Gone Too Soon membawa setiap penonton mengimbas kembali segala kenangan saat MJ masih hidup di dunia ini.Konsert selama kira-kira dua jam itu menutup tirainya dengan Babyface membawakan sebuah lagu berjudul When Can I See You.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: