Sunday, March 21, 2010

Adrian ungguli Terbuka Antarabangsa Malaysia


ADRIAN (kanan) dan Kelly bergambar di samping trofi masing-masing selepas menjuarai Kejohanan Boling Terbuka Antarabangsa Malaysia Canon ke-33 di Petaling Jaya semalam.


PEMAIN negara, Adrian Ang berjaya menawan Pyramid Mega Lanes di Petaling Jaya semalam apabila namanya terpahat selaku juara lelaki terbuka Kejohanan Boling Terbuka Antarabangsa Malaysia Canon ke-33.

Walaupun baru berusia 22 tahun, Adrian sedikit pun tidak gentar berdepan pencabarnya yang lebih berpengalaman, Osku Palermaa dari Finland untuk memenangi kejohanan itu.

"Saya pernah jumpa dia (Osku) sebelum ini. Walaupun dia lebih berpengalaman," kata Adrian semalam.

Adrian mengakui, dia terpaksa bekerja keras pada perlawanan pertama sebelum berjaya merekodkan 163 jatuhan pin berbanding Palermaa (147).

Dalam perlawanan kedua, Palermaa mengumpul 238 jatuhan pin berbanding Adrian (200).

Bagaimanapun, Adrian tidak mudah menyerah dan menunjukkan satu penyudah yang cemerlang dengan melakukan 222 jatuhan pin manakalaPalermaa memperoleh 214 jatuhan pin dalam permainan terakhir.

Dengan kemenangannya itu, pemain yang berasal dari Pulau Pinang ini membawa pulang trofi kejuaraan dan baucar hadiah bernilai RM35,000.

Dalam kategori wanita akhir, Kelly Kulick dari Amerika Syarikat mengalahkan pemain Taiwan, Chien Hsu Lan.

Selepas tiga perlawanan, Kelly mengumpul 211 jatuhan pin manakala Hsu Lan meraih 201 jatuhan pin.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: