Biarpun bersikap positif dengan mengakui hubungan cinta yang terjalin, namun ada pula beberapa pihak yang seakan 'cemburu' dengan kebahagiaan pasangan ini hingga sanggup menimbulkan cerita yang kurang enak didengar.
Bagaimanapun akui pasangan ini, dakwaan dan komen negatif yang diterima tidak sedikit pun menjejaskan hubungan mereka, sebaliknya mereka berdua amat bahagia bersama.
"Saya dan Gaya tidak ambil serius dengan apa yang orang mahu katakan. Setahun yang aman dan damai walaupun tetap ada cakap-cakap yang kurang enak didengar.
“Apa orang nak cakap biarkan mereka bercakap. Itu adalah perkara biasa dan lumrah masyarakat kita yang sering memandang negatif daripada pelbagai aspek," ujar Zul yang ditemui selepas majlis tayangan filem lakonan terbarunya, Bikers Kental, yang juga filem terbitan Astro Shaw.
Bersetuju dengan pendapat Zul, ujar Gayatri, biarpun keliru pada awalnya, namun dakwaan liar yang dibuat pihak lain mengenai hubungan mereka, membuatkan mereka bertambah rapat.
"Kadang-kadang mereka lebih suka nak cari salah orang lain. Tentang dakwaan mengatakan Zul ambil kesempatan terhadap saya, itu tak betul. Sepanjang saya kenal Zul, dia bukan yang seperti didakwa.
"Cuma sekarang ni apa yang saya nampak, kehidupan saya sikit berubah. Sebab sebelum ni apa yang disiarkan di akhbar yang mengaitkan saya adalah tentang kerja-kerja saya. Tapi sekarang, ada
laporan tentang kisah cinta saya," katanya.
Sekali lagi ditebak dengan isu Zul yang dikatakan mengambil kesempatan di atas hubungannya seperti yang yang pernah dikatakan sebelum ini, Gayatri punya jawapan tersendiri.
"Saya tahu, bila orang tahu mereka bercinta, mereka akan kata saya utamakan Zul dalam pemilihan pelakon. Tetapi itu semua tidak benar kerana Astro mempunyai syarat yang cukup ketat.
"Biasanya pihak produksi mempunyai pilihan pelakon mereka sendiri dan pihak Astro pula akan memberi pendapat. Penampilan Zul dalam filem Bikers Kental adalah pilihan yang dibuat oleh pihak
Califwork Studios Sdn Bhd yang juga rakan penerbitan filem ini dan bukannya sepenuhnya terletak di tangan saya," jelas penerbit berdarah kacukan India dan Cina ini.
Belum fikir soal kahwin
Sementara itu, ditanya soal perkahwinan, Zul berkata, mereka berdua sememangnya mempunyai perancangan ke arah itu, namun perkahwinan itu tidak akan berlaku dalam masa terdekat.
"Saya dan dia sudah bertemu keluarga masing-masing untuk berkenalan. Tetapi tidak ada sebarang perbincangan yang dilakukan. Lagipun ibu Gaya sekarang sedang sakit, jadi ia bukan masa yang sesuai untuk saya dan dia merancang apa-apa," ujarnya.
Zul bakal muncul dalam filem Bikers Kental arahan Hilmi Yusof dan terbitan Califwork Studios Sdn Bhd bersama TUSB. Filem ini bakal ditayangkan pada 23 Mei ini menampilkan Zizan, Awie, Zul dan dua orang pelakon wanita dari Thailand.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: