Sunday, May 19, 2013

Shahrizal Jaszle zip mulut

REDZWANI PUTERI (kiri) bukan wanita yang ditangkap bersama Shahrizal.


SAAT berita pelakon popular Shahrizal Jaszle ditangkap khalwat pagi Khamis lalu tersebar dalam blog-blog dan media cetak, tunangnya, Redzwani Puteri masih mampu tenang tanpa reaksi gundah.
Tiada resah yang melingkar di jiwa, sebaliknya Redzwani Puteri yang lebih mesra dibahasakan Wani itu hanya meluahkan rasa terkejut. Katanya, dia masih sangsi terhadap kesahihan khabar yang diterimanya walaupun perkara itu sudah pun disahkan sendiri oleh Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam satu kenyataan yang dihantar kepada pihak media pada petang Khamis lalu.
"Saya sendiri tidak mengetahui apa-apa tentang berita itu. Rasa seperti tidak percaya pun ada kerana pada petang Rabu iaitu sebelum dia ditangkap khalwat, ayahnya ada menelefon saya bertanya khabar dan dia beritahu ketika itu Shah ada di rumah.
"Sebenarnya saya pun tak sempat lagi berjumpa apatah lagi bercakap dengannya. Cuma saya sempat telefon dia malam semalam ketika dia sedang tidur dan dia hanya beritahu berita itu tidak benar," kata Redzwani kepada sebuah portal hiburan pagi Jumaat lalu.
Redzwani turut mengesahkan bahawa dia bukanlah wanita yang ditangkap bersama Shahrizal di Apartmen Taman Sri Subang pada pukul 3.30 pagi, Khamis lalu. Pada waktu kejadian Wani yang bekerja sebagai doktor pelatih itu berada di kediamannya di Klang berdekatan dengan tempat dia bertugas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor.
Mengikut perancangan asal, Redzwani dan Shahrizal yang mengikat tali pertunangan pada 8 Disember lalu berhasrat untuk bernikah menjelang hujung tahun nanti.
Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Hussin dalam kenyataan menyebut, serbuan dilakukan di apartmen tersebut setelah mendapat aduan daripada orang awam. Shahrizal ditahan berdasarkan Syeksen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 iaitu lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya dan sebaliknya.
Jika disabitkan bersalah, Shahrizal boleh didenda sehingga RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Sensasi Bintang cuba mendapatkan penjelasan lanjut daripada Shahrizal berhubung kenyataan akhbar JAIS bagaimanapun dia tidak memberi sebarang respons.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: