Zizan, 29, berkata dia tidak mahu ada yang tersinggung atau tersilap tafsir dengan kata-kata atau kenyataan yang dikeluarkan.
"Saya tidak mahu cakap tentang wanita misteri itu sebab saya pun tidak mengenalinya dan hanya memandang daripada jauh sahaja.
"Bila saya beritahu lebih-lebih nanti orang cakap saya perbodohkan wartawan pula, lebih baik diam dan bila sampai jodoh, saya akan beritahu," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Mammee Chef, di sini, Selasa.
Sementara itu, Zizan berkata, biarpun sering dikaitkan dengan wanita berdarah kacukan, dia lebih memilih keikhlasan hati berbanding rupa paras.
"Memang tidak dinafikan lelaki sering tertarik kepada wanita cantik namun pada saya ialah hati yang ikhlas," ujarnya.
Ditanya tentang hubungannya dengan pelakon baru Emma Maembong, Zizan berkata mereka hanya berkawan sejak dua tahun lalu.
"Saya tidak tahu macam mana orang kaitkan saya dengan Emma mungkin sebab dia kacukan.
"Kami kawan sejak dua tahun lalu dan dia kini merupakan artis dibawah pengurusan saya," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: