Pasangan raja sehari, Norliyana Bastan, 23 dan suaminya, Ahmad Fitri Torman, 24, teruja untuk keluar mengundi meskipun berpakaian pengantin dan mencuri masa yang ada untuk datang ke Sekolah Rendah Agama (SRA) Bukit Kuching selepas bersanding.
“Saya tidak menyangka tarikh perkahwinan jatuh pada hari mengundi kerana ketika memilih tarikh terbabit, kami tidak tahu pun ia menjadi tarikh pilihanraya sekali gus ia menjadi hari bersejarah dan kenangan seumur hidup buat kami berdua.
“Majlis perkahwinan ini tetap diteruskan meskipun orang kampung sibuk mengundi,” katanya.
Bagi pasangan Norzalilah Kasim, 23 dan suaminya, Muhd Shahfiz Khairudin, 23, juga tidak menyangka tarikh perkahwinan mereka kebetulan sama dengan tarikh mengundi, namun itu tidak menjadi halangan untuk keluar mengundi selepas sesi memotong kek.
“Walaupun agak malu apabila kami diiringi perayu undi dengan payung, namun saya bertuah kerana dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai pemilih buat pertama kali bersama suami yang mengundi di Parit Mahang,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: