Friday, May 10, 2013
Operasi dalam banglo mewah
KUCHING – Tindakan satu sindiket Macau Scam menjadikan sebuah banglo mewah sebagai pusat untuk menjalankan kegiatan penipuan antarabangsa sejak Februari lalu terbongkar apabila diserbu di Jalan Green dan Jalan Bampfylde di sini semalam.
Serbuan pukul 10.30 pagi itu berjaya menahan 85 individu berusia lingkungan 20 hingga 30-an yang terdiri daripada warga China, Taiwan dan seorang lelaki tempatan selepas polis mendapat maklumat daripada pihak berkuasa dari dua negara tersebut.
Daripada jumlah itu, 48 merupakan lelaki manakala bakinya wanita.
Sumber berkata, banglo itu dijadikan sebagai pusat panggilan untuk menghubungi mangsa yang rata-ratanya terdiri daripada warga asing.
“Modus operandi suspek itu ialah menghubungi mangsa dengan menyamar sebagai pegawai bank republik China sebelum memberitahu akaun mereka terlibat dengan sindiket pengubahan wang haram.
“Suspek kemudian akan mengarahkan mangsa memindahkan wang ke dalam akaun tertentu. Bagi meyakinkan mangsa, seorang lagi ahli sindiket akan menghubungi mangsa yang sama dengan menyamar sebagai anggota polis atau pegawai bank dan memberikan arahan yang serupa,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: