Friday, May 10, 2013
Maxis catat perolehan RM2.327 bilion
KUALA LUMPUR – Maxis Bhd. (Maxis) memulakan tahun 2013 dengan momentum positif apabila mencatat perolehan sebanyak RM2.327 billion pada suku pertama 2013, peningkatan sebanyak 4.4 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Syarikat turut mencatatkan pertumbuhan merentasi semua segmen perniagaannya dengan perkhidmatan data terutamanya internet mudah alih yang menjadi pemacu pertumbuhan utama dengan peningkatan sebanyak 17.3 peratus berbanding tahun lalu.
Pengerusi Maxis, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata, prestasi tersebut mencerminkan persekitaran sihat hasil daripada pelbagai inisiatif pasaran Maxis tahun lalu.
“Usaha kami memperkenalkan produk data yang inovatif dan meningkatkan pengalaman keseluruhan data pengguna membawa kepada pendapatan dalam segmen bukan suara yang kukuh pada tahap 47.8 peratus daripada perkhidmatan mudah alih.
“Kami kini mempunyai 8.5 juta pengguna internet mudah alih aktif dengan 39 peratus daripada mereka menggunakan telefon pintar.
“Hasilnya, hampir 69 peratus daripada pendapatan bukan suara Maxis terdiri daripada perkhidmatan Internet dan data,” katanya pada sidang akhbar bersempena mesyuarat agung tahunannya kali ke-4 dan pengumuman prestasi kewangan Maxis di sini semalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: