Penyelia Kasut You cawangan Tanah Merah, Azman Amran berkata, sumbangan itu sebagai menunaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat dengan hanya keluarga benar-benar susah akan dipilih.
Katanya, dana untuk sumbangan membantu golongan miskin itu hasil daripada tabung derma di kaunter kedai cawangan Kasut You dan hasil jualan kotak kasut terpakai.
“Kami dapat tahu kesusahan keluarga ini melalui akhbar Sinar Harian dan ambil keputusan untuk menghulurkan sumbangan kewangan bagi meringankan beban mereka,” katanya kelmarin.
Kisah kesusahan hidup Mohamed Bashah Baharom dan isteri, Fauziah Muhamad serta lima anak mereka termasuk seorang daripadanya orang kurang upaya (OKU) kerana hiperaktif disiarkan 21 Mac lalu.
Selain sering terputus bekalan makanan kerana miskin, derita suami isteri itu bertambah apabila anak keempat mereka, Muhamad Danish Shahlan, 7, perlukan penjagaan Fauziah sepanjang masa kerana hiperaktif.
Permohonan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meringankan beban mereka pula ditolak atas alasan Fauziah masih muda dan mampu bekerja.
Susulan laporan itu, beberapa pihak tampil menghulurkan sumbangan didahului akhbar Sinar Harian sendiri dengan kerjasama Era Bayam Kota Sdn Bhd (EBKSB); Syarikat Muda Osman (SMO) dan Kumpulan Perumahan Rakyat Kelantan (KPRK) Berhad.
Pengurus Sinar Harian Kelantan, Surena Mohd Noor turut bekerjasama membawa Pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Shamsuri Shafie menziarahi keluarga itu bagi melakukan rawatan dan menyampaikan sumbangan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: