Wednesday, May 8, 2013
DRH tarik pelancong Timur Tengah
KUALA LUMPUR - Destination Resorts and Hotels (DRH) berhasrat menjadi salah satu pendorong pencapaian kunjungan 36 juta pelancong asing ke Malaysia yang disasarkan kerajaan menjelang tahun 2020.
Ditubuhkan oleh cabang pelaburan kerajaan Malaysia, Khazanah Nasional Bhd., DRH adalah perancang utama, pelabur dan pembangun destinasi mewah bersepadu di Malaysia, dengan pembangunan utama termasuk Desaru Coast, The Little Red Cube dan Traders Hotel Puteri Harbour di Johor dan Teluk Datai di Langkawi.
Pengarah Urusan DRH, Nadziruddin Basri berkata, antara usaha yang diambil ialah penglibatan DRH dalam Pasaran Pelancongan Arab (ATM) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada 6 hingga 9 Mei lalu bersama Tourism Malaysia dan delegasi dagangan pelancongan lain.
"Menurut laporan Tourism Malaysia, seramai 356,674 pelancong Timur Tengah telah mengunjungi Malaysia tahun lalu, meningkat 29 peratus berbanding tahun sebelum.
"Iran merupakan penyumbang tertinggi, diikuti Arab Saudi, Oman, Iraq dan Pakistan," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: