Saturday, March 2, 2013
Saintis guna teleskop rakam imej pembentukan planet
SANTIAGO - Sepasukan ahli astronomi yang menggunakan teleskop berkuasa tinggi di selatan Chile kelmarin menemui imej pembentukan sebuah planet di sekeliling sebutir bintang.
Semasa imej tersebut dirakam, planet itu masih dalam bentuk gas dan debu tebal.
Pasukan penyelidik antarabangsa tersebut berkata, gugusan gas dan debu itu menyelubungi bintang dikenali sebagai HD 100546 yang berada pada jarak 335 juta tahun cahaya dari Bumi di Galaksi Bima Sakti.
"Sebelum ini, imej pembentukan planet hanya dilakarkan menerusi simulasi komputer," kata ketua pasukan saintis itu dari Universiti ETH Zurich, Sascha Quanz.
Menurutnya, beberapa ciri imej tersebut menyokong teori bahawa planet gergasi terbentuk dengan pemampatan saki baki gas dan debu selepas bintang terbentuk.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: