Monday, March 11, 2013
Ribut debu landa Tokyo
TOKYO, Jepun - Ribut debu melanda bandar raya ini semalam yang menyebabkan langit menjadi gelap yang pada kebiasaannya cerah.
Jarak penglihatan turut terbatas ketika partikel-partikel halus berterbangan di udara.
Seorang ahli meteorologi berkata, fenomena itu disebabkan oleh perpindahan udara sejuk dan ia tidak mempunyai kaitan dengan pencemaran yang melanda Beijing, China semasa musim sejuk yang lalu.
"Sistem tekanan rendah sedang berlaku di utara dan ia bergerak ke selatan.
"Ia membawa ribut salji di utara dan angin kencang di Tokyo serta kawasan sekitarnya," kata ahli meteorologi itu.
Menurutnya, angin kuat di wilayah Kanto yang meliputi Tokyo dan kawasan sekitarnya telah membawa partikel-partikel debu dari tanah sehingga menjejaskan jarak penglihatan.
Beliau berkata, fenomena itu dijangka berlaku buat sementara manakala hujan akan membersihkan debu-debu tersebut.
Menurut beberapa laporan, menteri-menteri alam sekitar dari Jepun, China dan Korea Selatan akan bertemu pada Mei depan untuk membincangkan cara untuk mengurangkan pencemaran udara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: