Tuesday, March 12, 2013

Pencarian Duta HerbaLine


ANTARA wajah-wajah peserta yang bersaing untuk gelaran Pencarian Duta Kecantikan Untuk Semua 2013.


MENURUT penyelidikan Statistics Brain pada Mac 2012, sebanyak 100,000 pertandingan ratu cantik diadakan di Amerika Syarikat setiap tahun.
Di Malaysia juga, kita tidak ketinggalan dalam menganjurkan pertandingan ratu cantik, namun kesemuanya hanya mengutamakan kecantikan fizikal.
Buat pertama kalinya, HerbaLine menganjurkan Pencarian Duta Kecantikan Untuk Semua 2013 yang tidak terhad kepada kecantikan fizikal. Pertandingan itu juga dibuka kepada wanita dan lelaki daripada semua peringkat umur.
Menurut Pengarah Urusan HerbaLine, C.K. Low, pencarian duta itu adalah salah satu cara HerbaLine mengiktiraf kecantikan sejati dan memberi ganjaran kepada peserta yang mempunyai nilai-nilai kecantikan sejati.
Acapkali apabila kecantikan ditakrif, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran ialah penampilan fizikal seperti kecantikan paras rupa dan potongan badan. Begitupun, penyelidikan dan pengertian sebenar mengenai makna kecantikan pula berbeza.
Kecantikan ditakrif sebagai kombinasi ciri seseorang atau benda yang menyeronokkan perasaan dan menceriakan minda.
“Ini sekali gus membuktikan bahawa kecantikan adalah sangat individualistik dan boleh dinilai melalui pelbagai faktor seperti ciri-ciri perwatakan dan daya tarikan unik.
“Selain itu, jangan sekali-kali memperkecilkan faktor X yang membezakan seseorang daripada orang lain,” kata Low.
Beliau menambah, pencarian tersebut adalah untuk mencari kualiti yang unik dan semangat yang tidak terbatas oleh usia. Ia boleh ditemui sama ada pada seorang remaja yang periang dan penuh bertenaga atau wanita berkerjaya yang mempunyai keyakinan dan semangat jati diri.
“Jika anda dalam usia 60-an, kualiti kecantikan boleh dinilai dalam bentuk kematangan, semangat anda yang berhati muda dan kecergasan yang setanding dengan remaja.
“ Bagi lelaki pula, peribadi yang kami nilai termasuk keberanian, karisma dan tingkah laku yang menawan,” tambah Low lagi.
Bagi mereka yang berminat, boleh menyertai pencarian duta tersebut dengan mengunjungi laman web www.herbaline.com.my. Pada akhir peraduan ini, HerbaLine akan memilih 12 finalis untuk menyertai sesi bergambar dan pengundian untuk memilih duta akan dibuka kepada orang ramai.
Hadiah Utama bagi empat duta Herbaline setiap seorang termasuk lawatan sehari ke Kuala Terengganu Heaven Spa (termasuk tiket penerbangan dan pengangkutan pergi-balik lapangan terbang), pasport rawatan muka peribadi tahunan sehingga 18 kali setahun dan juga pelbagai produk bernilai RM1,000. Nilai hadiah untuk setiap pemenang berjumlah RM3,999.
Jika anda rasa anda mencerminkan ciri kecantikan sejati dan anda ingin menyertai atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi laman web www.herbaline.com.my atau hubungi talian 03-5121 5055.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: