Friday, March 15, 2013

Kontroversi status Twitter One Direction


ONE DIRECTION


GARA-GARA memuat naik status berbunyi: "Anda mempunyai tatu 1D (One Direction)? Tunjukkan kepada kami dan beritahu mengapa anda perlu berada dalam filem kami", grup popular masa kini, One Direction dikecam banyak pihak.
Mereka juga digesa agar menutup akaun Facebook dan Twitter rasmi grup tersebut. Menurut pihak yang kurang senang dengan status tersebut, ia mampu memberi kesan negatif kepada peminat mereka yang di bawah umur.
Ini kerana selepas beberapa jam status tersebut dimuat naik, ia mendapat respons 'like' sebanyak 6,000 di laman sosial Facebook.
Malah, salah seorang daripada peminat mereka menulis: "Saya akan meminta izin bapa saya untuk mencacah tato walaupun saya baru berusia 13 tahun."
Sementara itu, status yang sama telah retweet sebanyak 4,000 kali di Twitter. One Direction memiliki lebih 10 juta pengikut di laman sosial tersebut.
Selepas digesa, pihak pengurusan mereka telah membuang status tersebut.
Ia menjadi kontroversi kerana di Amerika Syarikat, had usia yang membolehkan seseorang mencacah tatu adalah 18 tahun ke atas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: