Saturday, March 2, 2013
Bot berkuasa elektrik terpantas
MERCEDES-AMG dan Cigarette Racing mengumumkan perkembangan terkini kerjasama mereka pada acara Miami International Boat Show yang berlangsung hujung minggu lalu.
Hasilnya, pelbagai komponen daripada jentera SLS AMG Coupé Electric Drive telah diintegrasikan ke dalam reka bentuk bot berkuasa tinggi, Cigarette AMG Electric Drive Concept.
Semua komponen berkuasa tinggi itu menjadikannya bot elektrik paling laju di dunia. Dengan kuasa maksimum 1,656kW dan tork 3,000Nm, Cigarette AMG Electric Drive Concept merupakan satu hasil pembangunan yang sangat mengujakan.
Teknologi, prestasi dam reka bentuk bot kuasa Cigarette dibangun berasaskan kepada kenderaan sport super elektrik yang dihasilkan di Affalterbach, Jerman.
Bot sepanjang 11.6 meter itu turut menggunakan kemasan cat krom matt dikenali sebagai AMG Electricbeam magno yang eksklusif untuk model SLS AMG Coupé Electric Drive.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: