Sunday, March 24, 2013
Anang diperlakukan seperti pengganas
KOMPOSER Anang Hermansyah menyambut hari lahir yang ke-44 dalam suasana sangat berbeza pada tahun ini.
Isteri Anang, Ashanty membuat kejutan terhadap suaminya seolah-olah bekas suami Kris Dayanti itu seperti seorang pengganas.
Anang dipaksa untuk menggunakan penutup mata ketika dibawa ke lokasi sambutan hari lahir. Tidak lama kemudian mereka berhenti tepat di halaman rumah baharu mereka.
"Mahu ke mana? Ini mahu dibawa ke mana?" tanya Anang kepada Ashanty yang mendesaknya memasuki rumah besarnya di Villa Cinere Masjl. Taman Merkurius, Tangerang, Jakarta, Indonesia.
Sambil tersenyum, Ashanty menenangkan Anang yang terus menaiki anak tangga menuju ke dalam rumah. Sewaktu memasuki rumah, ternyata seluruh anggota keluarga telah bersiap menanti kedatangan ayah kepada Aurel dan Azriel itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: