Wednesday, May 4, 2011

Uji Rashid bantu Nanu menangis

Pelakon Nanu Baharuddin sekarang ini sedang hot dengan drama Sahara. Kali ini wataknya seorang wanita yang sangat baik sehingga membuatkan penonton menangis menghayati nasibnya.

Nanu juga sering menangis dalam babak-babak meruntun jiwa dalam drama itu. Kalau nak tahu, guru tangisan Nanu kali ini ialah Uji Rashid. Ya! Uji Rashid penyanyi tu. Bila masa Uji Rashid jadi guru lakonan pula?

Nanu semakin eksklusif

Kata Nanu: "Di lokasi penggambaran tu macam-macam kerenah yang ada dan pastinya ada yang boleh membuatkan kita tertawa. kadang-kadang semasa masuk set, mood kita happy dan ceria, dan kita kena ubah mood dalam masa yang pantas.

"Saya ada sesuatu yang boleh membuatkan air mata saya mudah jatuh berderai walaupun kita tak sedih. Inilah lagu yang saya dengar untuk membawa mood sedih dan air mata dengan segera."

Nanu kemudian memperdengarkan lagu Kali Terakhir Kulihat Wajahmu nyanyian Uji Rashid yang dimuatnaik ke dalam telefon bimbit dan iPad miliknya.

"Bila dengar lagu ini secara serta merta air mata saya akan jatuh. Kalau nak masuk set babak sedih, saya akan dengar lagu ini terlebih dahulu," kata Nanu kepada Mangga Online ketika ditemui di Pulau Pinang baru-baru ini.

Nanu diundang menjadi juri pertandingan Pencarian Ratu Kebaya Jamu Mak Dara/Pancaindera peringkat Utara di Hotel Hard Rock, Batu Feringgi, Pulau Pinang hujung minggu lalu.

Susut bukan makan hati, tapi penat kerja.

Lagu tersebut salah sebuah lagu yang dimuatkan sebagai lagu tema drama tersebut. Setelah mendengarnya kembali Nanu mula rasa sedih, sebab itulah dia menghayatinya sebelum masuk set. Malah kalau di luar set pun dia memutarkan lagu yang kini menjadi lagu kegemarannya.

Badan susut makan hati?

Susuk badan Nanu sekarang nampaknya makin susut. Adakah pelakon itu sedang makan hati dengan seseorang.

Maklumlah lelaki yang pernah dikatakan sedang rapat dengannya sekarang orang asing yang tinggal di luar negara.

"Bukan makan hati... badan susut ni gara-gara berlakon Sahara lah. Berat saya turun beberapa kilogram dalam masa yang singkat.

"Tapi saya rasa okeylah dengan berat badan sekarang ni," jelas Nanu yang semakin eksklusif dalam menerima tawaran.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: