Friday, May 6, 2011

Shahizey makin ‘demand’?



NAMA Shaheizy Sam kini sudah berada di puncak. Bukan hanya kerana memenangi anugerah, sebaliknya pelakon itu sudah mencipta nama menerusi lakonan mantapnya dalam fi lem Adnan Sempit.

Sejak awal tahun lagi, jadual lakonan adik dramatis Zizie Ezette itu sudah penuh. Tawaran demi tawaran diterimanya bukan kerana tamak, tetapi merasakan inilah masanya untuk memberikan yang terbaik kepada peminat.

“Penat memang penat, tapi saya akan pastikan ada masa untuk berehat dan melapangkan fi kiran. Cuma, tak adalah cuti panjang.

Masa orang perlukan kita, saya rasa tak salah untuk terus berlakon. “Ini mata pencarian saya dan akan manfaatkan sebaik mungkin. Cuma orang kata, masa ini masa saya,” katanya kepada Sinar Harian.

Dengan kesibukan dirinya, terpalit kata-kata kurang enak terhadap dirinya. Shaheizy Sam atau lebih mesra dengan panggilan Sam dikatakan semakin ‘mahal’ kerana meletakkan harga begitu tinggi
sejak popular.

Anak bongsu pelakon Kathy Fauziah itu menafi kan perkara berkenaan, namun berpendapat, bayaran tinggi atau tidak ia bergantung pada hasil lakonan seseorang. “Saya memang menerima bayaran
lebih sedikit berbanding sebelum ini. Saya tidak perlu meletakkan itu semua kerana pihak produksi tahu bagaimana kerja saya.

“Jangan salah anggap bila saya dapat bayaran lebih sedikit. Saya bersyukur. Cuma, tak sedap hati bila ada pihak seperti menganggap saya sudah berubah.

“Saya masih seperti dahulu. Tidak ada apa yang berubah, malah perlu bekerja lebih keras lagi selepas ini. Tak mungkin orang akan suka kita selamanya,” katanya yang tidak mudah melatah dengan gosip dan kontroversi.

Sam berkata, kejayaan fi lem Adnan Sempit membuatkan dia tertekan untuk memberikan yang lebih baik berbanding lakonannya sebelum ini.

“Tak banyak beza untuk filem sebelum ini dan yang akan datang kerana saya membawakan watak
orang sama.

“Cuma, bagaimana mahu penonton tidak bosan dengan karakter saya sahaja yang membuatkan penonton pening kepala. Tapi saya akan terus mencuba memberikan terbaik,” katanya yang bakal
menjalani penggambaran Adnan Sempit 2 tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: