Saturday, May 14, 2011

Ratusan mesin judi RM1 juta dimusnah


ROSLAN menunjukkan sebahagian daripada mesin judi bernilai hampir RM 1 juta yang dirampas di Balai Polis Pasir Gudang, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Polis memusnahkan sebanyak 450 buah set mesin judi bernilai hampir RM1 juta yang dirampas di premis-premis judi sekitar Seri Alam dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, kesemua mesin judi berkenaan dirampas dalam 109 serbuan yang dilakukan sepanjang empat bulan pertama tahun ini.

“Sejumlah 81 kertas siasatan telah dibuka dan dua kes sudah dibawa ke mahkamah manakala yang lain masih dalam siasatan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: