Sunday, May 8, 2011

Pasta segar cara Itali


SPAGHETTI dengan isi ketam segar


MELIHAT seorang pekerja memotong kepingan pasta dalam bilik berkaca di depan sebuah restoran makanan Itali, terdetik perasaan tidak sabar untuk merasa hidangan yang disediakannya.

Capricciosa, demikian nama restoran yang pertama kali menemui peminat di Malaysia melalui pembukaan outlet di Sunway Pyramid, Petaling Jaya baru-baru ini.

Diasaskan oleh seorang chef terkenal dari Jepun, Masaki Honda, beliau merupakan antara chef pertama yang memperkenalkan makanan Itali kepada rakyat negara matahari terbit itu dengan cara menikmati pasta al-dente yang bermaksud, "tidak terlalu keras dan tidak juga lembut."

Kini terdapat lebih 120 cawangan restoran tersebut di Jepun dan juga 11 negara lain termasuk Taiwan, Filipina dan kini Malaysia.

"Capricciosa berbeza dengan restoran lain. Kami tidak mengamalkan konsep pra penyediaan dan kemudian memanaskan hidangan. Sebaliknya, ia dimasak setiap kali pesanan diterima. Justeru rasanya sangat segar dan asli," kata Pegarah Pemasaran, Ryan Poh.

Capricciosa Malaysia dibawa oleh Perfect Treats Sdn. Bhd. sebuah syarikat francais yang terkenal dengan beberapa jenama restoran makanan segera seperti Manhattan Fish Market, Tony Roma's dan banyak lagi.

Antara hidangan istimewa yang sempat dicuba penulis; clam chouder (sup kepah) dan rice croquetta Sicilian style (bebola nasi berisi keju mozarella digoreng dan disaji dengan kuah tomato daging) sebagai pembuka selera.

Tidak ketinggalan barisan pasta dan spaghetti segar seperti pasta ketam, spaghetti sos tomato dan bawang putih. Bagi yang ingin mencuba kelainan, nikmati spaghetti sos dakwat sotong dan bawang - pastinya akan membuatkan gigi dan bibir anda bertukar warna hitam! Juga spaghetti dengan kuah kepah istimewa.

Peminat piza pula jangan lupa menikmati Capricciosa Pizza yang enak dan klasik cara Itali. Akhiri hidangan dengan pemanis mulut seperti pai labu dan kek tiramisu yang lazat.

Sambil menjamu selera, ambil peluang menatap foto kenangan Honda (yang telah meninggal dunia) ketika memulakan perniagaan ini di Jepun. Selain itu, pengunjung juga dibuai oleh alunan lagu-lagu merdu berunsur jazz dan pop.

Cawangan kedua Capricciosa akan dibuka pada pertengahan Mei di Pavillion KL.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: