
Pameran “2nd Muslim World BIZ-Business and Investment Zone 2011”, yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur bermula 8 hingga 11 Jun ini dijangka menjana perdagangan bernilai AS$60 juta, berganda daripada AS$30 juta (AS$1=RM2.98) pada tahun lalu.
Penganjur OIC International Business Centre Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata, acara itu yang bertemakan “The Forces of Many, the Vision of One”, akan meningkatkan perdagangan sesama sendiri di kalangan 1.6 bilion pasaran Muslim global.
“Seramai 50, 000 mengunjung luar dan dalam dijangka datang dan 500 gerai pameran dibuka selama empat hari. Persidangan selama dua hari turut diadakan.
Setakat ini, katanya, lebih 50 peratus gerai pameran telah ditempah dengan penyertaan dari 30 negara termasuk Indonesia, Australia, Pakistan, Kuwait, dan Cyprus.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: