Thursday, May 5, 2011

Momen indah di hujung jari


SPESIFIKASI SAMSUNG NX11
Piksel: 14.6 Megapiksel
Berat: 353 gram
Dimensi: 12.3 x 8.7 x 3.98 sentimeter
Harga: RM2,399


KELETAP! bunyi punat kamera dipetik menggunakan jari penunjuk sambil menanti imej rakaman bak imej profesional memang menyeronokkan.

Tetapi keterujaan menanti imej pegun pasti akan terbantut apabila rakaman diambil tidak menjadi seperti diharapkan.

Namun, dengan menggunakan kamera digital Samsung NX11 yang dilengkapi inovatif sistem lensa i-Function dan pelbagai ciri terkini ia mampu menzahirkan rakaman kanvas hidup lebih mudah serta berkesan mengikut daya imaginasi pengguna.

Model terbaru ini tidak memerlukan pengguna pening kepala mengendalikan pengaturcara kompleks kamera.

Antara muka yang didatangkan bersama kamera itu mudah difahami sama ada bagi pengguna baru mahupun profesional untuk menghasilkan karya terbaik mereka.

Dalam pada itu, revolusi teknologi lensa model NX tersebut tidak memerlukan pengguna bersusah-payah menyusun atur kamera. Hanya menggunakan butang i-Function dan memutar lensa sahaja sudah memadai untuk melihat kamera tersebut beroperasi dengan baik.

Mereka yang gemar menukar lensa pula, Samsung NX11 dilengkapi mod keutamaan lensa bagi mengenal pasti lensa digunakan pengguna.

Ia akan mengetahui pengaturcara sesuai untuk digunakan lensa tersebut.

Apabila lensa ditukar pengaturcara akan berubah secara automatik untuk memberi rakaman optimum sekali gus dapat membantu menghasilkan karya bak jurugambar profesional.

Kelebihan itu dapat membantu penggemar fotografi meningkatkan daya kreativiti mereka.

Skrin paparan AMOLED 7.62 sentimeter (sm) menawarkan imej lebih jelas untuk tatapan pengguna malah, boleh digunakan ketika terdapat sinaran matahari. NX11 turut dilengkapi kelajuan pantas auto fokus (AF) bagi memudahkan pengguna merakam imej sepintas lalu.

Bagi menjadikan imej pegun yang dirakam lebih menarik, kamera itu juga mempunyai kapasiti untuk merakam bunyi latar belakang apabila merakam imej pegun.

Selain merakam imej pegun, NX11 juga boleh digunakan untuk merakam video berdefinisi tinggi (HD) sehingga resolusi 720p.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Samsung NX11 anda boleh layari laman web www.samsung.com.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: