![]() |
| Kediaman mangsa di tingkat 17 Kondominium Hampshire Park, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur yang meletup dan terbakar malam tadi. |
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Britain melecur hampir 70 peratus badannya apabila kediamannya di tingkat 17 Kondominium Hampshire Park di Jalan Yap Kwan Seng di sini terbakar malam tadi.
Kejadian pada pukul 7.45 malam itu dipercayai berlaku ekoran letupan saluran gas di kediaman warga asing itu yang dipercayai bocor.
Turut menerima kesan letupan dan kebakaran itu, beberapa tingkap di kediaman lain yang terletak di tingkat 17 kondominium tersebut.
Jurucakap pasukan bomba dan penyelamat berkata, semasa kejadian lelaki Britain yang berusia lingkungan 61 tahun berada di rumahnya sebelum badannya disambar api.
Difahamkan mangsa baru berpindah ke kondominium tersebut semalam. Akibat kecederaan itu mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Prince Court di sini untuk mendapatkan rawatan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: