Monday, May 2, 2011

Lebih pantas dengan Opera Mini

SEIRING dengan kadar penembusan Internet yang semakin meningkat, DiGi Telecomunication (DiGi) bekerjasama dengan pembangun perayauan sesawang yang terkemuka di dunia Opera Software bagi menjadi operator mudah alih yang pertama di negara ini dengan jenama Opera Mini.

Malah pengguna telefon bukan pintar DiGi juga berpeluang menikmati pengalaman Internet penuh pada kadar lebih murah dan cepat menerusi perayauan DiGi-Opera Mini yang telah pun dilancarkan.

Kelebihan versi awam perayauan Opera Mini boleh digunakan pada versi DiGi-Opera Mini.

Teknologi padat sehingga 90 peratus memberikan pengalaman perayauan lebih cepat, termasuk mereka yang menggunakan telefon mudah alih EDGE.

Pelanggan DiGi bakal menikmati perayauan lebih pantas berbanding dengan perayauan telefon mudah alih sebelum ini.

Dengan menggunakan perayauan DiGi Opera Mini , pelanggan bebas daripada caj Internet mudah alih apabila melayari laman sesawang DiGi, membawa kepada penjimatan bagi pengalaman perayauan Internet berbanding mereka yang menggunakan platform perayauan lain.

Ketua Internet Mudah Alih dan Perkhidmatan Data Termaju untuk DiGi Praveen Rajen berkata, DiGi mempunyai 4.2 juta pelanggan Internet bagi kedua-dua skrin kecil dan besar.

Pihaknya juga prihatin dengan permintaan yang semakin meningkat sejajar dengan peningkatan peralatan dan plan data menjadi semakin mampu digunakan.

"Inisiatif kami adakah untuk untuk bekerjasama dengan perayauan sesawang yang terkenal sebagai satu langkah untuk menyuburkan minat Internet mudah alih di kalangan pelanggan lama dan baru," katanya dalam satu kenyataan.

Lebih 90 peratus pemilik telefon mudah alih bukan telefon pintar tetapi mereka juga berhak menikmati pengalaman melayari laman sesawang.

DiGi bersedia memberikan pengalaman Internet mudah alih lebih kaya kepada segmen pasaran, disokong oleh pelan data yang mampu oleh pengguna selaras dengan impian DiGi memberikan Internet kepada semua.

Sementara itu Pengarah Perkongsian Pasaran dan Pengurusan bagi Opera Software, Sean D' Arcy menyifatkan kerjasama Opera dan DiGi menunjukkan langkah penting bagi strategi Opera di Asia.

Pelanggan negara ini sekarang semakin canggih dan mahukan pengalaman perayauan mudah alih terbaik di mana saja mereka berada.

"Kerjasama kami dengan DiGi merupakan kali pertama di negara ini dan ini memberikan pelanggan DiGi kelebihan pengalaman melayari Internet dengan pantas dan murah berbanding mana-mana perayauan yang berada di pasaran sekarang.

"Pelanggan yang menggunakan telefon mudah alih pintar juga masih mendapat faedah daripada Opera Mini dengan mendapat pengalaman melayari Internet dengan cepat dan masa menunggu yang singkat," katanya.

Sempena pelancaran perayauan DiGi- Opera Mini, pelanggan tidak dikenakan apa-apa caj Internet mudah alih apabila pelanggan memuat turun perayauan DiGi-Opera Mini terus ke telefon mereka menerusi http://m.opera.com bermula 23 Mac lalu hingga 31 Mei akan datang.

Bagi memeriahkan lagi kempen berkenaan, pelanggan prabayar DiGi berpeluang mendapat 1MB percuma jika mereka memuat turun aplikasi berkenaan dalam jangkamasa kempen.

Kedua-dua pelanggan prabayar dan pascabayar boleh menyertai peraduan "Tell-A-Friend' berpeiuang merebut 60 telefon pintar HTC Mozart apabila mereka merujuk kawan-kawan bagi memuat turun aplikasi berkenaan.

Pelanggan yang berminat mengetahu lebih lanjut mengenai DiGi-Opera Mini boleh melayari http://www. digi.com.my/opera atau SMS OPERA ke 2000 bagi memuat turun sambungan berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: