Sunday, May 1, 2011

Kursus sukarelawan masjid


Para pembentang kertas kerja dan peserta Kursus Pemandu Pelancong (Sukarelawan Masjid) Siri 1/2011 di Masjid Negara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


UNIT Perhubungan Awam dan Pusat Sumber, Masjid Negara dan Islamic Outreach ABIM, salah sebuah pertubuhan NGO di Malaysia telah menganjurkan Kursus Pemandu Pelancong (Sukarelawan Masjid) Siri 1/2011 pada 19 dan 20 April 2011 di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Kursus dua hari itu dijayakan oleh para peserta yang terdiri daripada petugas dan para sukarelawan yang bertugas sebagai pemandu pelancong di:

lMasjid Putra, Putrajaya

lMasjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor

lPetugas Pensera Sdn. Bhd.,

lPetugas Biz Guard Corporation Sdn. Bhd.

lSelain petugas dan sukarelawan Masjid daripada Masjid Negara dan Islamic Outreach ABIM.

Seramai 58 orang yang mendaftar dan mengikuti kursus ini dengan jayanya.

Objektif utama kursus adalah memberi pendedahan dan pengetahuan melalui maklumat dan informasi yang terkini dan berguna berkaitan bidang tugas Pemandu Pelancong.

Selain itu, ia dapat mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan untuk merancang dan mengurus berkaitan dengan bidang tugas dan tanggungjawab sebagai Pemandu Pelancong (Sukarelawan Masjid).

Seterusnya dapat mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan tentang kaedah-kaedah yang berkesan terutamanya dalam aspek komunikasi berkesan untuk menjalankan tugas sebagai Pemandu Pelancong (Sukarelawan Masjid).

Dua penceramah yang mahir dalam bidang Pelancongan Masjid didatangkan khas untuk memberikan ceramah semasa Kursus tersebut dijalankan.

Mereka adalah Shahkirit Govindji dan Engku Ahmad Fauzi Engku Mohsin dari Islamic Information and Services Foundation (IIS).

Antara tajuk ceramah yang disampaikan adalah Sejarah Kristianiti, Pengalaman Pertemuan bersama Paderi dan Kunjungan ke Gereja, Asas Kepercayaan Kristianiti, Budhha dan Hindu.

Turut dibincangkan adalah Dakwah melalui Lawatan berpandu Masjid, Islam dan Sains Moden, Soalan lazim dari pelancong bukan Islam ketika mengunjungi masjid dan diakhiri dengan sesi soal jawab.

Perasmian pembukaan kursus ini disempurnakan oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad pada 19 April 2011.

Majlis perasmian penutup kursus dan penyampaian sijil bagi peserta disempurnakan bersama oleh Penolong Pengarah Kanan Dakwah dan Ibadah, Masjid Negara, Ehsan Mohd. Hosni dan Pengerusi Islamic Outreach ABIM, Azril Mohd. Amin pada sebelah petangnya.

Turut hadir, Naib Pengerusi Islamic Outreach ABIM, Normah Sulaiman dan Penolong Pengarah Perhubungan Awam dan Pusat Sumber, Masjid Negara, Azhar Tuarno.

Kursus ini dianggap berjaya mencapai objektifnya di samping dapat memberi pendedahan berguna serta informasi terkini kepada peserta tentang bidang tugas selaku Pemandu Pelancong (Sukarelawan Masjid).

Kursus Siri Kedua dijangka diadakan pada penghujung Jun 2011.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: