Monday, May 2, 2011

Kaji kadar ITP, Cola


ZAMBRY (tiga dari kiri) menyampaikan piala kepada wakil Pusat Perubatan Universiti Malaya yang menerima anugerah Majikan Prihatin Cuepacs sambil diperhatikan oleh Omar (kiri) pada sambutan Hari Pekerja 2011 di Ipoh semalam.


IPOH – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan terus berjuang mendapatkan kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dan elaun kos sara hidup (Cola) bagi membela nasib 900,000 kakitangan kumpulan sokongan satu dan dua.

Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, kadar ITP yang dibayar RM180 kepada kumpulan tersebut sudah tidak relevan dan perlu dikaji semula oleh kerajaan.

“Kadar ITP itu masih sama sejak lapan tahun lalu, sekarang mana nak cari rumah sewa dengan kadar RM180 sebulan.

“Masalah ini sering menimbulkan dilema di kalangan penjawat awam terutamanya jika diarahkan berpindah ke kawasan lain berikutan kenaikan pangkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Hari Pekerja anjuran Cuepacs di Stadium Indera Mulia di sini semalam.

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir. Turut hadir adalah Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: