Saturday, May 14, 2011

Juara Futsal Wanita bertarung di Rentap Futsal


AZMAN (dua dari kiri) bersama pasukan futsal wanita Putra Ria Tia Amelia yang memenangi kejohanan Futsal Wanita Terbuka 1Malaysia, Piala Perdana 2011 di Putrajaya baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Juara kejohanan Futsal Wanita Terbuka 1Malaysia Piala Perdana 2011 baru-baru ini iaitu Putra Ria Tia Amelia (PRTA) menyahut cabaran untuk turut berentap dalam kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo!.

Kejohanan Futsal Wanita Terbuka 1Malaysia Piala Perdana 2011 anjuran Pergerakan Puteri UMNO diadakan di Kompleks Futsal 1Malaysia, Presint 18, Putrajaya dekat sini pada 30 April hingga 2 Mei lalu.

Menurut pengurus pasukan itu, Azman Mahmood, PRTA akan menghantar tiga pasukan untuk bertarung mencuba nasib dalam kategori Terbuka Wanita.

Bagaimanapun, beliau hanya menyasarkan pasukan tersebut sampai ke peringkat separuh akhir sahaja.

“Pasukan kami tidak mahu sasaran terlalu jauh kerana Rentap Futsal Putrajaya Kosmo! adalah satu acara yang besar dan sudah semestinya mempunyai saingan yang cukup sengit,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurutnya, walaupun tidak berharap untuk ke peringkat lebih tinggi, namun mereka akan tetap berusaha untuk sampai ke peringkat final.

Bagi menghadapi cabaran Rentap Futsal Putrajaya, kata Azman, pasukan berkenaan akan mempertingkatkan latihan dari semasa ke semasa untuk memantapkan pasukan.

“Kekerapan latihan itu mungkin dapat menguatkan mental dan fizikal setiap ahli Putra Ria Tia Amelia,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: